Tuesday, October 2, 2012

mee hailam makngah






resepi nih ada sejarah tersendiri.belajar dgn makcik saudara yg dipanggil makngah.
mee kuning( dicelur atau dimasak bersama kuah)
Daging - Di hiris nipis dan di cuci bersih, rebus sehingga lembut. kalau ada air rebusan tulang daging lebih sedap. kalau xde, pakai air rebusan daging sahaja
udang dan sotong( tp sebenarnya tak bagus campur makanan laut dan daging so i omit this)
bebola ikan
1 labu bawang besar - di cincang halus
2 ulas bawang kecil - di cincang halus
2 ulas bawang putih - di cincang halus yang ni ita tambah
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar , ikut tahap kepedasan yang disukai.
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis( atau sehingga kuah menjadi warna hitam)
2 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah
sebiji tomato dibelah enam
sedikit bunga kobis
sedikit sawi
lobak - dihiris
2 mangkuk air - kalau daging direbus dahulu gunakan air rebusan daging
Garam - secukup rasa( i omit this sbb mee dan kicap dh masin)
bahan2 hiasan
daun bawang
daun sup
tauhu(potong kecil2 dan goreng)
bawang goreng
cili
Tumis bawang besar,bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga wangi.
Masukkan daging dan masukkan air rebusan
Kalau air kurang, tambahkan air lagi .
Masukkan lada hitam, sos tiram, dan kicap.
Biar mendidih sekejap
Masukkan udang
Masukkan sayur dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.
Bila sudah agak pekat, tutup apinya.
Kalau ramai tetamu bolehlah masak mee sekali dgn kuah supaya lebih mesra gitu
Mee sedia dihidangkan bersama bahan-bahan hiasan yang lain.
Selamat Mencuba!
- Posted using BlogPress from my iPhone