btw since hubby went to japan recently, makcik pon gatai la nk buat homemade miso soup sendiri. i asked my utm's friend, murni, utk gambar miso paste yg halal.. almaklumla makcik nih dulu belaja bahasa jepun satu semester je.. itupon dh igt2 lupa.so hiragana, katakana dh ke laut. tulisan kanji lglah tak reti baca.
jadi murni bg gambar ni
miso paste
wakame( dried seaweed)
dashi(perisa ikan- dia pack kecil2)
jadi nih tiga bahan asas untuk masak miso soup.anda boleh tambah bahan2 lain ikut citarasa masing. cadangannya di sini
resepinya adalah seperti berikut.
3 cawan air
2 sudu besar miso paste
segenggam wakame
separuh paket kecil dashi
apa2 bahan yang anda sukai
cara memasak
1.masukkan air dan miso paste ke dalam periuk.kalau rajin tapis campuran ini setelah paste itu larut utk asingkan hampas soya. kalau malas tak tapis pon ok
2.masukkan dashi,cadangan separuh paket. tp rasa2 lah ikut citarasa anda
3.masuk pula wakame dan bahan2 pilihan anda yang lain.rebus sehingga mendidih. siap utk dimakan
dalam gambar di atas nih saya masukkan bawang sahaja sbb takde bahan2 lain. rasanya lg sedap kalau campur silk tofu, lobak putih dan daun bawang.
selamat mencuba!
- Posted using BlogPress from my iPhone
No comments:
Post a Comment